SHANGHAI: Bandar Shanghai, China mengesan kes COVID-19 melibatkan sub-varian baharu Omicron BA.5.21, pada Ahad.

Kes itu ditemukan di daerah kewangan Pudong pada 8 Julai lalu dan dikaitkan dengan kes dari luar negara.

Menurut Naib Pengarah Kesihatan Shanghai, Zhao Dandan, bandar itu terus melaporkan kes positif yang tinggi dan wabak merebak melalui masyarakat kekal tinggi.

Shanghai berdepan penutupan selama dua bulan sejak awal Jun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi membendung COVID-19.

Beliau berkata penduduk di beberapa daerah utama Shanghai akan menjalani dua pusingan ujian COVID-19, dari 12 hingga 14 Julai, dalam usaha mengawal jangkitan baharu.

Varian omicron BA.5, yang memacu gelombang baharu jangkitan COVID-19 di luar negara, pertama kali ditemui di China pada 13 Mei.

Ia dikesan pada pesakit lelaki berusia 37 tahun yang telah terbang ke Shanghai dari Uganda.

Varian BA.5 terbukti mempunyai kadar penularan yang pantas.

Bagaimanapun, vaksinasi masih berkesan untuk mencegah BA.5 daripada menyebabkan penyakit serius atau kematian.