SHANGHAI: Bandar Shanghai, China akan mula melonggarkan sekatan COVID-19 yang dikenakan ke atas sektor perniagaan bermula Rabu ini.

Ia sebahagian langkah menamatkan sekatan yang dikuatkuasa selama dua bulan, hingga menjejaskan hub komersial dengan 25 juta penduduk itu.

Shanghai juga umum akan laksana 50 pendekatan untuk kembali memulihkan ekonomi.

Ini termasuk mengurangkan cukai pembelian kereta, mempercepat pengeluaran bon kerajaan, serta mempercepat kelulusan projek hartanah.

Bermula 1 Jun, syarikat tidak perlu lagi memohon permit untuk membuka semula operasi mereka.

Syarikat yang terjejas akibat sekatan juga dibenarkan menangguhkan bayaran insuran dan sewa.

Kerajaan turut tawarkan subsidi ke atas bil utiliti.

Pendekatan ini yang sebahagiannya dilaksana secara berperingkat dijangka akan mengurangkan 30 bilion yuan beban kewangan.