SINGAPURA: Singapura bakal menjangkakan gelombang baharu penularan varian Omicron pada Julai atau Ogos.

Menurut Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, ia susulan penurunan keberkesanan antibodi terhadap COVID-19.

Memetik laporan CNA, beliau turut memaklumkan kementerian itu mengenal pasti beberapa kes melibatkan subvarian COVID-19 BA.4 dan BA.5.

Bagaimanapun jelasnya, ia masih belum melebihi kes subvarian BA.2.

Sebelum ini varian Omicron mencatatkan 99 peratus kes tempatan pada April.

Tambahnya, garis masa yang dianggarkan bukan disebabkan oleh sebarang usaha yang kompleks, tetapi hakikat bahawa apabila penularan reda, republik itu sepatutnya menjangkakan gelombang lain yang akan menunjukkan peningkatan antara empat hingga enam bulan kemudian.