WASHINGTON: PIHAK berkuasa kesihatan Amerika Syarikat terus menggesa rakyatnya untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.

Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit, Dr Anthony Fauci berkata, ketika ini dos penggalak adalah pertahanan terbaik terhadap peningkatan kes varian Omicron.

Jelas Dr Fauci, varian Omicron adalah virus COVID-19 yang paling mudah berjangkit yang perlu ditangani setakat ini.

Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Dr Rochelle Walensky, berkata varian Omicron merangkumi kira-kira tiga peratus daripada kes COVID-19 di Amerika Syarikat.

Varian Delta masih merekodkan jangkitan kes tertinggi di negara itu.

Fauci berkata dia menjangkakan Omicron mungkin menjadi dominan di Amerika Syarikat.

Pada Selasa, Amerika Syarikat mencatat angka kematian tertinggi sebanyak 800,000 kes akibat jangkitan COVID-19.