COVID-19: Wanita tidak divaksinasi maut dijangkiti dua varian berbeza

Astro Awani
Julai 11, 2021 23:48 MYT
Seorang wanita berusia 90 tahun yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Belgium dikesan dijangkiti varian Alfa dan Beta serentak. -Gambar hiasan
BRUSSELS: Seorang wanita berusia 90 tahun yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Belgium dikesan dijangkiti varian Alfa dan Beta serentak.
Kes berkenaan dianggap pertama kali direkodkan menurut kongres saintifik dan media Belgium, pada Ahad.
Kes berkenaan dibincangkan di kongres Eropah mengenai klinikal mikrobiologi dan penyakit berjangkit (ECCMID).
Wanita warga emas yang belum divaksin itu disahkan dijangkiti varian pertama kali dikesan di Britain dan varian Afrika Selatan.
Doktor menyatakan kemungkinan dia mendapat virus itu daripada dua individu berbeza.
Bagaimanapun tidak diketahui bagaimana wanita berkenaan terkena jangkitan.
Wanita yang tinggal sendirian dan menerima penjagaan di rumah itu dimasukkan ke Hospital OLV di bandar Aalst, Belgium, selepas rebah sebelum disahkan positif COVID-19.
Tahap oksigen wanita itu pada mulanya baik, namun kemudian merosot dengan cepat dan meninggal dunia lima hari kemudian.
Tiada 'kes lain diterbitkan' yang sama dengan jangkitan bersama itu dan menyifatkan 'fenomena itu kemungkinan dipandang remeh'.
Katanya, ini disebabkan ujian terhad yang dijalankan bagi varian yang membimbangkan (VOC) dan menggesa penggunaan ujian polymerase chain reaction (PCR) pantas bagi mengesan mutasi varian yang diketahui.
#COVID-19 #meninggal dunia #varian Alpha #varian Beta #warga emas #vaksin #penyakit berjangkit #Afrika Selatan #varian membimbangkan #VOC #Belgium