LISBON:Persekutuan Bola Sepak Portugal mengesahkan bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo positif COVID-19.

Penyerang Juventus itu bagaimanapun dilaporkan sihat dan tidak menunjukkan sebarang gejala. 

Pemain berusia 35 tahun itu kini sedang menjalani kuarantin.

Ekoran itu, Persekutuan Bola Sepak Portugal memberitahu, pemain itu diberi pelepasan daripada misi bersama skuad kebangsaan untuk berdepan dengan Sweden.

Ujian saringan COVID-19 yang dijalankan ke atas pemain lain setakat ini menunjukkan keputusan negatif.