BINTANG bola sepak Cristiano Ronaldo bersama pasangannya, Georgina Rodriguez kini sedang berkabung selepas kematian salah seorang anak kembar mereka yang baharu dilahirkan.

Penyerang Manchester United itu mengumumkan berita sedih berkenaan di akaun laman sosial miliknya pada Isnin.

"Dukacita kami ingin mengumumkan bayi kembar kami yang lelaki kami telah meninggal dunia.

"Ini merupakan detik paling sukar bagi seorang ibu dan bapa.

"Namun kehadiran kembarnya, seorang bayi perempuan, memberikan kami kekuatan untuk menghadapi waktu yang sukar ini," tulisnya.


Pasangan tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururawat yang mengendalikan kelahiran anak kembar mereka.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururawat untuk segala usaha dan sokongan mereka.

"Kami ingin minta supaya tidak diganggu pada waktu sukar ini.

"Kepada anakku, kamu merupakan bidadara kami. Kami akan sentiasa menyayangi kamu," catatnya lagi.

Pada Oktober tahun lalu, Ronaldo mengumumkan pasangannya Georgina sedang hamil anak kembar.


Sukan | Cristiano Ronaldo menanti anak kembar