Kemelut ekonomi Cyprus dijangka berterusan walaupun telah menerima pakej penyelamat ekonomi dari Kesatuan Eropah.

Penganalisis memberi amaran kemungkinan tercetus kekacauan sosial di pulau berkenaan, susulan pengumuman kerajaan pendeposit utama di sektor perbankan terbesarnya dipaksa menerima kerugian sehingga 60 peratus.

Sasaran berkenaan jauh lebih tinggi daripada yang dijangkakan di bawah pakej bantuan yang diterima bagi menyelamatkannya daripada bankrap.

Di bawah pengumuman berkenaan, deposit lebih daripada 100 ribu Euro di Bank of Cyprus akan kerugian 37.5 peratus wang mereka yang ditukar kepada saham bank.

Pada pemotongan kedua akaun pendopsit akan kehilangan wang sehingga 22.5 peratus atau lebih.

Ia bergantung kepada keputusan pakar untuk menaikkan rizab simpanan bank.

Bagi tujuan berkenaan pakar perbankan diberi masa 90 hari untuk mencari penyelesaian.

Baki 40 peratus lagi deposit di bank of Cyprus akan dibeku sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Wang simpanan yang ditukar kepada saham bank secara teorinya membenarkan pendeposit menampung kerugian.