Dialog Shangri-La: Persidangan Meja Bulat mengesahkan semula "kepentingan dialog terbuka dan jujur"

Bernama
Jun 3, 2023 13:53 MYT
Semasa Meja Bulat, para menteri membincangkan pelbagai isu, termasuk implikasi krisis Rusia-Ukraine, kesan ketegangan AS-China ke atas rantau Asia-Pasifik, serta situasi di Semenanjung Korea. - Gambar Twitter @bernamadotcom
SINGAPURA: Para menteri yang menghadiri persidangan Meja Bulat Menteri-menteri, pada sesi Dialog Shangri-La (SLD) mengesahkan semula "pentingnya dialog terbuka dan jujur, serta menjunjung perintah berasaskan peraturan antarabangsa."
"Menteri-menteri bersetuju mengenai kepentingan bekerjasama dalam membangunkan keyakinan dan langkah-langkah pencegahan konflik, serta mengekalkan talian komunikasi terbuka," menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) dalam satu kenyataan.
Semasa Meja Bulat, para menteri membincangkan pelbagai isu, termasuk implikasi krisis Rusia-Ukraine, kesan ketegangan AS-China ke atas rantau Asia-Pasifik, serta situasi di Semenanjung Korea.
Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen menjadi tuan rumah kepada 29 menteri dan wakil-wakil yang menghadiri perbincangan Meja Bulat hari ini, sempena SLD ke-20.
-- BERNAMA
#Mindef #krisis #komunikasi terbuka #peraturan antarabangsa