Dua pegawai polis di Noida digantung kerja kerana didakwa mengabaikan etika kod pakaian ketika mereka menahan sebuah kenderaan yang membawa Ketua Polis Uttar Pradesh dalam satu sekatan jalan raya kelmarin.
Semasa ditahan, Ketua Pengarah Polis (DGP) OP Singh sedang dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di New Delhi.
Difahamkan, inspektor dan konstabel terbabit dari Balai Polis Sektor 39 tidak menunjukkan sikap yang baik ketika menjalankan tugas.
"Mereka sangat santai dan tidak memakai topi semasa menjalankan tugas.
"Lebih parah mereka tidak mengenali individu berada di dalam kereta yang ditahan, kata Penguasa Kanan Polis, Ajay Pal Sharma.
Tambah Sharma, tindakan gantung kerja itu disebabkan masalah disiplin dan bukannya berpunca dari masalah lain.
"Dua pegawai itu pada mulanya bertengkar dengan OP Singh. Hanya selepas beliau memperkenalkan diri baru mereka sedar individu yang ditahan itu sebenarnya ketua polis Uttar Pradesh," katanya. - NDTV
Sinar Harian
Thu Sep 13 2018
Difahamkan, inspektor dan konstabel terbabit dari Balai Polis Sektor 39 tidak menunjukkan sikap yang baik ketika menjalankan tugas.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Digantung kerja gara-gara tak kenal bos
Dua pegawai polis di Noida digantung kerja kerana didakwa mengabaikan etika kod pakaian ketika mereka menahan sebuah kenderaan yang membawa ketua polis Uttar Pradesh.