LONDON: Penduduk dunia terutamanya warga Britain kini menanti pengumuman pelantikan Perdana Menteri baharu menggantikan Boris Johnson yang meletak jawatan pada 7 Julai lalu.

Antara yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan penting itu adalah Liz Truss yang berusia 47 tahun.

Berikut info ringkas mengenai Truss:

- Nama penuh beliau - Mary Elizabeth Truss dilahirkan pada 26 Julai 1975 di Oxford.

- Kawasan Parlimen beliau adalah South West Norfolk.

- Merupakan graduan dari Universiti Oxford pada 1996 dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi.

- Beliau aktif berpolitik sejak di Universiti, khususnya Demokrat Liberal sebelum bertukar ke Parti Konservatif.

- Selepas tamat pengajiannya, Truss bekerja di Syarikat Shell kemudian Cable & Wireless.

- Pada pilihan raya 2001, Truss merupakan calon Tory untuk Hemsworth, West Yorkshire, namun kalah dalam pemilihan. Beliau juga kalah dalam pilihan raya 2005.

- Namun begitu, pada 2010, beliau telah dimasukkan dalam 'senarai' calon pemimpin Konservatif di bawah pimpinan David Cameron.

- Pada September 2021, Boris Johnson telah menaikkan pangkat Truss daripada Setiausaha Perdagangan Antarabangsa kepada Setiausaha Luar Bagi Hal Ehwal Luar Negara, Komanwel dan pembangunan.

- Beliau merupakan wanita kedua yang dilantik sebagai Setiausaha Luar buat negara itu.

Parti Konservatif dijangka mengumumkan siapa bakal memimpin parti itu dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Britain malam ini.-- Agensi