Gara-gara pengumuman pelaksanaan peperangan antara Korea Selatan dan Korea Utara, para netizen kini membanjiri media sosial dengan pelbagai reaksi dan pandangan.

Susulan pengumuman pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, yang mengarahkan pasukan tenteranya untuk bersiap sedia untuk berperang, para netizen membawa perkara itu ke media sosial sambil menyatakan pandangan tersendiri.

Kini hashtag #PrayForKorea menduduki tempat pertama dalam carta trending di laman Twitter.

Kebanyakan kalangan netizen melahirkan rasa bimbang kerana tindakan itu akan melibatkan nyawa orang yang tidak bersalah.








Ada juga yang mempersoal tindakan yang tidak berperikemanusian ini serta berdoa untuk keamanan negara tersebut.





Ketegangan antara Korea Selatan dan Korea Utara semakin memuncak apabila pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un,mengarahkan barisan hadapan tenteranya bersiap sedia menghadapi perang susulan insiden berbalas serangan meriam dan roket antara kedua-dua negara itu, pada Jumaat.

Menurut agensi berita KCNA, arahan Jong-un itu melibatkan gabungan pelbagai unit Tentera Rakyat Korea (KPA) untuk diletakkan ‘dalam keadaan perang’ bermula pukul 5.00 petang waktu tempatan hari ini.