Doktor di India tawar kos dialisis serendah RM2.87

Astro Awani
Julai 5, 2020 00:23 MYT
Dr Fuad Halim memberitahu, mengambil kira penderitaan yang dilalui oleh golongan miskin, beliau mengurangkan kos bayaran kepada 50 Rupee. - Facebook Fuad Halim
Ketika Perdana Menteri India Narendra Modi mengumumkan lockdown untuk membendung COVID-19, rata-rata penduduk di negara itu dilihat lebih bimbang tentang kebuluran berbanding virus pandemik itu.
Lebih buruk lagi apabila kerajaan melanjutkan tempoh tersebut.
Perkara itu tentunya menjadi satu bebanan kepada golongan miskin dan mereka yang bergantung hidup dengan upah harian.
Times of India melaporkan, menyedari situasi itu, seorang doktor tampil menawarkan kos rawatan dialisis serendah 50 Rupee (RM2.87) kepada pesakit di pusat dialisisnya yang terletak di Kolkata, India.

Kolkata Swasthya Sankalp pledges to continue to make Dialysis available at Rs 50/- until 31/07/20. From 26/03 to 30/06 a total of 2357 Dialysis @Rs 50/- have been done. Kudos to the KSS family.

— dr fuad halim (@fuadhalim) July 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Fuad Halim memberitahu, pada awal penubuhan pusat itu pada 2008, beliau mengenakan bayaran 500 Rupee (RM28.70) kepada setiap pesakit.
Pun begitu katanya, jumlah itu dikurangkan sehingga 350 Rupee (RM20) menjelang awal tahun ini kerana tujuan asas pusat itu ditubuhkan adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan itu.
"Pada minggu pertama lockdown, ramai pesakit datang mengadu yang mereka tidak lagi dapat datang menjalani rawatan dialisis kerana tidak mampu membayar," katanya.
Fuad memberitahu, mengambil kira penderitaan yang dilalui oleh golongan itu, beliau mengurangkan kos bayaran kepada 50 Rupee.
"Pesakit ini tidak ada pilihan lain, sama ada pandemik atau tidak, mereka perlu menjalani rawatan (dialisis) untuk terus hidup," ujarnya.
Sumber Facebook fuad.halim.9
#COVID-19 #dialiasis #Dr Fuad Halim #India #Kolkata #lockdown #Narendra Modi #pandemik #Perdana Menteri #pesakit #Times of India