Donald Trump puas hati dengan kata sepakat Korea Utara, Korea Selatan

Agensi
April 29, 2018 05:20 MYT
Trump menerusi platform media sosialnya berkata, perbualan bersama Moon berjalan dengan baik dan mereka sudah menetapkan masa dan lokasi untuk bertemu. REUTERS / Fail
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump ‘berpuas hati’ dengan kata sepakat kedua-dua pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Korea Selatan, Moon Jae-in.
Kedua-dua negara itu bersetuju untuk menghentikan penggunaan senjata nuklear di rantau sempadan dua negara tersebut.
BACA: Jong-un cipta sejarah, isytihar perjanjian damai dengan Korea Selatan
Trump yang berhubung dengan Moon menerusi panggilan telefon pada Sabtu, bersetuju untuk mengadakan perjumpaan sebelum bertemu dengan Kim dalam satu sidang kemuncak.
Singapura dikatakan akan menjadi lokasi pertemuan antara Trump dan Moon dalam masa tiga hingga empat minggu lagi.
Dalam pada itu, Trump menerusi platform media sosialnya berkata, perbualan bersama Moon berjalan dengan baik dan mereka sudah menetapkan masa dan lokasi untuk bertemu.

Just had a long and very good talk with President Moon of South Korea. Things are going very well, time and location of meeting with North Korea is being set. Also spoke to Prime Minister Abe of Japan to inform him of the ongoing negotiations.

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, beliau turut menghubungi Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, untuk memaklumkan tentang rundingan tersebut.
Menurut sumber dari Rumah Biru seperti yang dilaporkan Reuters, Trump berkata, berita gembira itu bukan sahaja buat penduduk Korea, malah ia juga merupakan berita baik untuk seluruh dunia.
Terdahulu, Kim dan Moon bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata bagi menamatkan Perang Korea sejak tahun 1953, sekali gus menjadi perjanjian damai tahun ini.
BACA: Rundingan AS dengan Korea Utara "hampir pasti berlaku" - Trump
BACA: Thailand sedia jadi hos kemuncak Trump-Kim Jong Un
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Japan #Kim Jong-un #Korea Selatan #Korea Utara #Moon Jae-in #Perdana Menteri #presiden #Shinzo Abe #Thailand