Donald Trump umum buka Pejabat Bekas Presiden AS

Astro Awani
Januari 26, 2021 03:11 MYT
Pejabat tersebut akan mengambil tanggungjawab dalam mengelola sebarang kenyataan Trump, penampilan awam, serta aktiviti rasmi beliau
FLORIDA: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah memberi kemas kini pertamanya sejak beliau meninggalkan Oval Office, awal bulan ini.
Dalam satu kenyataan menerusi e-mel kepada agensi berita antarabangsa, Trump mengumumkan penubuhan Pejabat Bekas Presiden US, yang akan dikendalikan oleh staf beliau sewaktu di White House.
Menurut kenyataan itu, pejabat Trump terletak di Palm Beach County, Florida.

First email statement from post-presidency Trump includes new logo designed by Brad Parscale, per source familiar. pic.twitter.com/cEXOoZlq7M

— Rebecca Ballhaus (@rebeccaballhaus) January 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, kenyataan itu turut menyebut pejabat tersebut akan mengambil tanggungjawab dalam mengelola sebarang kenyataan Trump, penampilan awam, serta aktiviti rasmi demi memperjuangkan kepentingan Amerika Syarikat.
Selain itu ia juga akan meneruskan agenda Pentadbiran Trump yang telah banyak dihentikan oleh Presiden AS yang baharu iaitu Joe Biden, termasuk advokasi, dan aktiviti sosial.
#Donald Trump #White House #Pejabat Bekas Presiden AS #Amerika Syarikat #Joe Biden #presiden #AS #Palm Beach County