Dua cedera, 1 parah dalam insiden letupan di pasar Sepanyol

Agensi
Disember 23, 2017 14:08 MYT
Pengunjung ke pasar di Murcia, Sepanyol dikejutkan dengan letupan besar hari ini yang mencederakan tiga orang. -Foto www.thesun.co.uk
Pengunjung ke pasar di Murcia, Sepanyol dikejutkan dengan letupan kuat hari ini yang mencederakan tiga orang.
Seorang wanita dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah.
Kawasan tersebut dikosongkan sementara menunggu pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.
Gambar dari kawasan kejadian menunjukkan serpihan kaca berselerak susulan letupan.
Difahamkan, pengunjung yang berada di pasar tersebut sedang sibuk membeli-belah sempena sambutan Hari Natal Isnin ini.
#cedera #Hospital #letupan #Murcia #sepanyol