PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro mengesahkan dua lagi menteri kabinetnya positif COVID-19 selepas melalui ujian virus berkenaan.

Mereka ialah Menteri Kewarganeraan, Onyx Lorenzoni and Menteri Pendidikan, Milton Ribeiro.

Kedua-dua mereka sedang dirawat dengan menggunakan ubat hydroxychloroquine.

Bolsonaro membuat pengumuman itu di hadapan penyokongnya di kediamannya di Brasilia pada Isnin.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan empat anggota kabinet termasuk dirinya positif COVID-19 setakat ini.

Bolsonaro sebelum ini disahkan positif COVID-19 pada 17 Julai lalu dan sedang melalui rawatan menggunakan ubat anti-malaria itu.

Pada Isnin, Menteri Kesihatan Brazil mendedahkan, negara itu mencatatkan 20,257 kes baharu COVID-19 dengan 632 kematian baharu dalam tempoh 24 jam.

Brazil setakat ini merekodkan lebih 2.1 juta kes dengan 80,120 kematian.