Dua parah selepas peranti yang dikutip meletup

Agensi
Januari 7, 2018 21:59 MYT
Dua cedera parah selepas perati yang ditinggal di atas jalan meletup berhampiran keretapi bawah tanah di Stockholm. - Gambar AP
Dua cedera parah apabila tindakan mereka untuk melihat peranti yang dijumpai di atas tanah berhampiran Stesen keretapi bawah tanah di Stockholm meletup.
Dua individu tersebut merupakan seorang lelaki berusia 60 tahun dan seorang wanita 45 tahun.
Bagaimanapun pihak berkuasa Sweden tidak mendedahkan indentiti sebenar kedua-duanya.
Tidak dapat dipastikan setakat ini sama ada letupan itu disengajakan atau tidak selain pihak polis sedang melakukan siasatan.
Polis bagaimanapun percaya letupan itu tiada kaitan dengan sebarang unsur keganasan.
#cedera #keganasan #lelaki #letupan #polis #siasatan #Sweden #wanita