WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua petugas Pusat Perubatan Methodist Dallas dalam satu kejadian di Texas, lapor Sputnik.
Menurut NBC News yang memetik pegawai hospital, kejadian berlaku kira-kira 11 pagi waktu tempatan pada Sabtu (16:00 GMT).
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Penguatkuasaan Undang-undang Texas (CLEAT) Charley Wilkison berkata di media sosial suspek menembak mati dua jururawat wad bersalin.
"Insiden Kritikal @CLEAT ke-111, OIS (tembakan melibatkan pegawai) Hospital Dallas Methodist.
"Suspek menembak dua jururawat wad bersalin," kata Wilkison.
Seorang pegawai polis hospital itu berjaya menembak suspek.
"Suspek telah ditahan, berada dalam keadaan stabil dan dibawa ke hospital tempatan yang lain," lapor NBC memetik pegawai hospital Methodist pada Sabtu.
Motif kejadian belum dapat dipastikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2022
Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi waktu tempatan pada Sabtu. - Foto AP
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
Dua petugas hospital maut dalam kejadian tembakan di Texas
Seorang pegawai polis hospital berjaya menembak suspek.