ISTANBUL: Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Eren Gunhan Ulusoy memetik laporan antarabangsa bahawa 811 juta orang kekurangan zat makanan dan 276 juta hidup dalam kedaifan ketika berucap pada persidangan antarabangsa melibatkan kumpulan itu di Istanbul, lapor agensi Anadolu.
"Setiap biji gandum berharga, kita mesti mengambil langkah mengurangkan kelaparan dengan mengelakkan pembaziran serta mencegah kerugian," katanya.
Acara empat hari bermula Khamis dengan pameran itu, akan memberi tumpuan kepada beberapa topik, termasuk pengeluaran bijirin peringkat global, isu perdagangan dan operasi pengilang.
"Pengilang mesti berusaha untuk melindungi setiap gram bahan mentah.
"Sekiranya gangguan rantaian bekalan disebabkan krisis di Ukraine gagal diselesaikan, 47 juta lagi orang akan berdepan ancaman kemiskinan," katanya.
Ukraine antara pengeksport gandum utama dunia, menggantung eksportnya akibat operasi ketenteraan Rusia di negara itu.
Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, stok gandum dunia akan menurun sebanyak 12 juta tan metrik.
Beliau berkata Ukraine menaikkan stok gandumnya daripada 1 juta kepada 6 juta tan tahun ini serta menegaskan India bersedia memenuhi defisit gandum tetapi selepas peningkatan suhu yang tidak dijangka, negara itu telah menghentikan eksport gandumnya buat masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Ukraine antara pengeksport gandum utama dunia, menggantung eksportnya akibat operasi ketenteraan Rusia di negara itu. - Gambar hiasan/Pixabay
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Erdogan usaha selamatkan perjanjian bijirin Ukraine
Moscow berkata perjanjian itu telah tamat dan ia tidak akan diperbaharu melainkan syaratnya dipenuhi.
PBB bimbang krisis makanan semasa jejaskan Asia Barat
Lima negara di rantau Asia Barat mengalami kadar inflasi makanan melebihi 60 peratus.
DUN Sabah: Transformasi sektor pertanian wajar, elak krisis makanan - Ghulam Haidar
Penekanan Belanjawan Sabah 2023 bagi sektor pertanian penting dalam usaha mentransformasikan sektor itu supaya lebih moden dan dinamik.
Negara maju digesa tunai janji, peruntukan AS$100 bilion tangani bencana iklim
Berdepan bencana iklim, krisis makanan dan tenaga, multilateralisme dan kerjasama dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar.
PBB gesa semua pihak perbaharui perjanjian bijirin Ukraine
Perjanjian itu yang pada mulanya ditandatangani untuk 120 hari, akan tamat pada 19 November.
Sistem makanan berdepan tekanan - Bank Pembangunan Asia
Krisis makanan yang semakin meningkat bermakna lebih ramai keluarga kelaparan setiap hari di negara membangun di Asia.
Krisis makanan: Presiden baharu Filipina janji tingkat pengeluaran bijirin
Filipina merupakan pengimport beras kedua terbesar di dunia dan kini berada pada kedudukan yang tidak menguntungkan dalam bekalan makanan.
Pendekatan 'silo' tidak selesaikan isu bandar - Maimunah
Setiap kementerian perlu bergadingan bagi mencari jalan penyelesaian isu dan masalah yang dihadapi masyarakat di bandar.
Bantuan makanan untuk Sudan Selatan ditangguh susulan kekurangan dana - WFP
Menurut pertubuhan kemanusiaan PBB itu, kira-kira AS$426 juta diperlukan bagi memenuhi keperluan enam juta individu pada 2022.