JOHANNESBURG: Sempena memperingati ulang tahun ke-104 kelahirannya pada Isnin, berjuta-juta orang di seluruh dunia mengenang Nelson Mandela, negarawan global yang paling dihormati, lapor Agensi Anadolu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2009 menetapkan 18 Julai sebagai Hari Nelson Mandela Antarabangsa untuk meraikan hari lahirnya serta memperingati perjuangan tokoh itu menentang perkauman dan apartheid.
Mandela meninggal dunia pada tahun 2013, semasa berusia 95 tahun.
Sebagai menghormati dan menghargai sumbangan Mandela terhadap kemanusiaan, rakyat Afrika Selatan dari semua lapisan masyarakat mendedikasikan 67 minit masa mereka untuk menjadi sukarelawan bagi kerja-kerja amal dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Angka 67 merupakan jumlah tempoh Mandela berjasa kepada rakyat.
Dilahirkan di kampung Mvezo di wilayah Eastern Cape, Mandela menghabiskan 27 tahun meringkuk di penjara kerana menentang rejim apartheid.
Beliau menjadi presiden pertama Afrika Selatan yang dipilih secara demokrasi pada 1994.
Meskipun dipenjarakan selama bertahun-tahun, Mandela tidak menunjukkan sebarang derita mahu pun dendam terhadap mereka yang memenjarakannya.
Sebaliknya, memilih untuk perdamaian dan memaafkan mereka untuk menyatukan semua kumpulan kaum di Afrika Selatan.
Pendekatan kepimpinan dan kebolehannya untuk menyatukan semua orang amat dikagumi dunia dan melayakkan beliau memenangi Hadiah Keamanan Nobel 1993.
Presiden Cyril Ramaphosa akan mengetuai sambutan Hari Nelson Mandela Antarabangsa di bandar Gqeberha di Eastern Cape.
Beliau akan mengetuai pemeriksaan di pusat rawatan air dan kemudiannya menyertai aktiviti pembersihan Sungai Swartkops di Veeplaas.
Beberapa menteri, ketua misi diplomatik dan pemimpin perniagaan pula akan turun padang membersihkan jalan raya, rumah jagaan, rumah anak yatim dan sekolah, antara lain.
Kedutaan Turki berkata, ia akan menderma barangan kebersihan di hospis tempatan. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
Sempena memperingati ulang tahun ke-104 kelahirannya pada Isnin, berjuta-juta orang di seluruh dunia mengenang Nelson Mandela, negarawan global yang paling dihormati. - Gambar BERNAMA
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Dunia memperingati ulang tahun ke-104 Nelson Mandela
PBB pada 2009 menetapkan tarikh 18 Julai sebagai Hari Nelson Mandela Antarabangsa untuk meraikan hari lahirnya.
Bekas Presiden Afrika Selatan, FW de Klerk meninggal dunia
FW de Klerk menjawat jawatan itu bermula September 1989 sehingga Mei 1994.
"Anwar Ibrahim seperti Nelson Mandela" - Afdlin Shauki
"Seperti mana Nelson Mandela melalui kepayahan sehingga dipenjara, demikian juga dengan Datuk Seri Anwar."
Bagai X-ray, COVID-19 dedahkan perpecahan dan jurang kekayaan - PBB
Kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, 26 individu terkaya di dunia memiliki jumlah kekayaan yang sama dimiliki oleh separuh populasi global.
Anak perempuan Nelson Mandela meninggal dunia
Bagaimanapun, punca kematian Zindzi Mandela belum lagi dinyatakan.
Protes kematian George masih belum reda
Protes terhadap kejadian menimpa George Floyd masih belum reda, turut dianjurkan di Eropah.
Melindungi pelarian: Malaysia gesa penglibatan komuniti dunia - Saifuddin
Malaysia berpandangan supaya komuniti dunia memainkan peranan sepenuhnya serta kolektif bagi melindungi pelarian.
Cucu Nelson Mandela jemput aktivis remaja Palestin ke Afrika Selatan
Cucu lelaki ikon hak asasi manusia Nelson Mandela, Mandla Mandela, akan menjemput aktivis remaja Palestin, Ahed Tamimi ke Afrika Selatan untuk menerima anugerah istimewa.
Petisyen calonkan Tun Mahathir terima Hadiah Nobel Keamanan
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi tumpuan petisyen apabila petisyen dalam talian melobi Tun Mahathir dicalonkan bagi Hadiah Nobel Keamanan tahun ini.