MOSCOW: Ukraine pada Sabtu menyuarakan sokongan melanjutkan Inisiatif Koridor Bijirin Laut Hitam untuk sekurang-kurangnya 120 hari lagi, lapor Agensi Anadolu.

Bercakap pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, utusan Kyiv Sergiy Kyslytsya berkata "Inisiatif Bijian Laut Hitam perlu dilanjutkan selepas tamat tempoh pada 18 Mac untuk sekurang-kurangnya 120 hari, seperti yang diperuntukkan, atau tanpa had."

Kyslytsya turut mencadangkan ia diperluaskan meliputi pelabuhan Ukraine di wilayah Mykolaiv.

Turkiye, PBB, Rusia dan Ukraine telah menandatangani perjanjian pada Julai lalu untuk menyambung semula eksport bijirin dari Yuzhny, Chornomorsk, dan Odesa.

Perjanjian itu, dilanjutkan selama 120 hari pada bulan November, dan akan tamat pada Sabtu.

-- BERNAMA