BEBERAPA jam selepas disahkan positif COVID-19, Presiden Perancis Emmanuel Macron tetap muncul pada satu persidangan maya di Paris pada Khamis.

Beliau memberi ucapan secara langsung bagi satu persidangan bantuan nasional dalam mesyuarat Kementerian Luar.

"Saya telah memberi komitmen kepada perkara ini hampir setahun lalu apabila kita berbincang mengenai keadaan di Syria.

"Saya telah katakan, saya akan ambil bahagian dalam persidangan bantuan nasional ini hari ini," katanya dalam ucapan pembukaan.

Perdana Menteri Perancis dan Sepanyol serta Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) adalah antara pemimpin tertinggi yang menjalani kuarantin kerana merupakan kontak rapat Macron.

Pejabat Presiden memaklumkan bahawa Macron mengambil ujian saringan COVID-19 sebaik sahaja gejala pertama muncul.

Kenyataan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan apa gejala yang dialami beliau.

Macron didapati positif selepas menghadiri Sidang Kemuncak EU dengan beberapa pemimpin Eropah yang lain minggu lalu.

Isterinya, Brigitte Macron diuji negatif COVID-19 pada Khamis.