CANAZEI : Satu runtuhan salji berlaku di banjaran Alps Itali mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan lapan yang lain pada Ahad, kata seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan.

Ia berlaku selepas glasier runtuh di Gunung Marmolada yang tertinggi di Dolomites, Itali.

Bencana itu berlaku sehari selepas suhu 10 darjah Celsius direkodkan di puncak glasier tersebut.

“Salji, ais dan batu melanda laluan masuk ketika acara bertali, sebahagian daripadanya dihanyutkan,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Michela Canova kepada AFP.

Enam orang telah disahkan maut dan lapan lagi cedera, tambahnya.

Pencarian mangsa yang terselamat dihentikan pada lewat Ahad tetapi akan disambung awal pada Isnin.

Massimo Frezzotti iaitu seorang profesor sains di Universiti Roma Tre memberitahu AFP bahawa runtuhan itu disebabkan oleh cuaca panas luar biasa yang dikaitkan dengan pemanasan global. - Sinar Harian