EPL: Newcastle United catat kemenangan 3-0 ke atas Sheffield United

Astro Awani
Jun 21, 2020 23:01 MYT
Pemain Sheffield United Jack Robinson beraksi bersama pemain Newcastle United Andy Carroll dalam perlawanan EPL yang berlangsung tanpa penonton akibat penularan COVID-19 di St James' Park, Newcastle, 21 Jun, 2020. REUTERS
NEWCASTLE United mencatat kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Disember.
Mereka mencatat kemenangan 3-0 ke atas Sheffield United di St. James's Park. Joelinton menamatkan penantian untuk gol pertama dalam EPL sejak perpindahannya musim panas lalu.
Dia meledakkan gol ketiga permainan pada minit ke 78.
Sementara dua lagi gol Newcastle United masing-masing terhasil pada minit ke 55 dan 60. Sheffield United beraksi dengan 10 pemain apabila John Egan dilayangkan kad merah.
Dengan keputusan ini, Sheffield kekal di tangga ketujuh liga.
Sementara Newcastle United di tangga ke-13.
#EPL #kad merah #Newcastle United #Sheffield United #St James's Park