ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin pada Sabtu mengadakan perbincangan menerusi telefon yang antara lain menumpukan kepada isu loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, Ukraine.

Erdogan berkata berhubung isu loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, Turkiye boleh memainkan peranan sebagai pemudah cara, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Direktorat Komunikasi Turkiye.

Kedua-dua pemimpin itu turut bertukar-tukar pandangan mengenai eksport bijian.

Pada 22 Julai lalu Turkiye, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rusia, dan Ukraine menandatangani perjanjian untuk menyambung semula eksport bijian yang sebelum ini tergendala akibat konflik Rusia-Ukraine.

Dalam perkembangan lain, Erdogan turut mengucapkan takziah kepada Putin atas pemergian pemimpin Mikhail Gorbachev.

-- BERNAMA