ANKARA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Rusia Vladimir Putin membincangkan situasi di Ukraine dan Inisiatif Bijian Laut Hitam dalam perbualan telefon pada Khamis, kata pejabat akhbar pemimpin Turkiye itu.

Menurut kenyataan itu, Erdogan berterima kasih kepada Putin atas sumbangan Rusia dalam pembinaan loji kuasa nuklear Akkuyu, lapor Sputnik.

"Dalam perbualan itu, perkembangan perang Rusia-Ukraine serta tindakan dalam konteks perjanjian bijirin turut dinilai.

"Presiden Erdogan mengumumkan kemungkinan mengusahakan inisiatif baharu dalam rangka kumpulan kerja yang dicadangkan," kata pejabat itu sambil menambah bahawa para pemimpin juga membincangkan perkembangan terkini di Syria.

Putin juga mendoakan agar Erdogan cepat sembuh.

-- BERNAMA