BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) menawarkan vaksin COVID-19 percuma kepada China untuk membantu negara berkenaan membendung penularan penyakit itu ketika Beijing bersiap sedia bagi menamatkan sekatan pergerakan diperketatkan dan membuka sempadannya 8 Januari ini.
Jurucakap Suruhanjaya Eropah, Tim McPhie berkata, tawaran itu yang dibuat dalam beberapa hari lalu menjelang mesyuarat Menteri Kesihatan EU pada Rabu.
Antara lain katanya, ia merupakan sebahagian tindak balas Suruhanjaya Eropah terhadap kemungkinan gelombang baharu kes COVID-19 di seluruh dunia selepas China memutuskan untuk menamatkan dasar toleransi sifar terhadap virus itu.
"Apa yang boleh saya maklumkan, susulan lonjakan kes COVID-19 di China, Pesuruhjaya Kesihatan EU Stella Kyriakides telah menghubungi rakan sejawatannya dari China untuk menawarkan solidariti dan sokongan termasuk kepakaran kesihatan awam serta sumbangan vaksin EU yang disesuaikan dengan varian.
"Kerajaan China masih belum menjawab tawaran yang dibuat oleh EU itu," katanya.
Pada November, China menyaksikan peningkatan wabak COVID-19 tempatan.
Berdasarkan kemerosotan situasi epidemiologi, pihak berkuasa melaksnakan sekatan pergerakan separa di beberapa kawasan selain turut memaksa penduduknya menjalani ujian PCR setiap hari.
Pada Disember, China mengumumkan pelonggaran dasar toleransi sifar untuk COVID-19 dan bersedia untuk membuka semula sempadannya bulan ini.
Pengakhiran hampir tiga tahun langkah ketat di negara berpenduduk 1.4 bilion orang itu dikhuatiri berpotensi membawa kepada penyebaran besar-besaran penyakit itu di seluruh dunia.
Setakat ini, dua vaksin COVID-19 utama Sinovac dan Sinopharm yang dikeluarkan dalam negara dan digunakan China, tidak diaktifkan.
Pada akhir Disember, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, liputan vaksinasi semasa di China tidak mencukupi dan langkah yang lebih aktif diperlukan untuk mengekang penyebaran virus itu.
Astro Awani
Tue Jan 03 2023
Orang ramai beratur panjang di unit kecemasan Hospital Chaoyang Beijing susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di Beijing, China. - Foto REUTERS
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.