MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos pada Rabu meletakkan empat wilayah di negara Asia Tenggara itu di bawah keadaan bencana akibat ribut tropika Nalgae yang teruk.
Marcos menandatangani dokumen untuk meletakkan Calabarzon, Wilayah Bicol, Visayas Barat, dan Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro di Mindanao (BARMM) di bawah keadaan bencana selama enam bulan, melibatkan lebih 1.4 juta orang yang terjejas akibat Nalgae pada hujung minggu.
Beliau berkata pengisytiharan keadaan bencana akan mempercepat usaha menyelamat, pemulihan, bantuan dan pemulihan kerajaan dan swasta serta membantu mengawal harga barang keperluan asas dan komoditi utama secara berkesan, lapor Xinhua.
Nalgae ribut taufan yang menyebabkan kerosakan besar membadai Filipina, mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di banyak kawasan serta mengorbankan sekurang-kurangnya 132 orang pada Isnin.
Nalgae adalah taufan tropika ke-16 yang melanda Filipina tahun ini. Ia juga melanda Catanduanes, sebuah wilayah kepulauan di wilayah Bicol, sebelum subuh pada Sabtu.
Marcos juga menegaskan beliau mungkin memasukkan kawasan lain dalam pengisytiharan keadaan bencana jika perlu, dengan mengambil kira penilaian kerosakan yang berterusan di kawasan terjejas dan berdasarkan saranan Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Negara.
Filipina adalah antara negara yang paling terdedah kepada bencana berdasarkan lokasinya di Lingkaran Api Pasifik dan Lingkaran Taufan Pasifik. Secara purata, negara kepulauan itu mengalami 20 taufan setiap tahun, beberapa daripadanya kencang dan membawa kemusnahan besar.
Pada April, ribut tropika Megi mencurahkan hujan di bahagian tengah dan selatan Filipina, membanjiri banyak kawasan dan menyebabkan tanah runtuh dengan lebih 220 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2022
Presiden Ferdinand Romualdez Marcos berkata, pengisytiharan keadaan bencana akan mempercepat usaha menyelamat, pemulihan, bantuan dan pemulihan kerajaan dan swasta. - AP
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
Menteri Luar India akan lawat Singapura, Filipina dan Malaysia
Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Skandal jualan beras: Filipina gantung tugas lebih 130 pegawai
Arahan itu akan berkuat kuasa pada Isnin sementara siasatan dijalankan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Ekonomi Filipina paling pesat di Asia Tenggara, pinggirkan Malaysia, Vietnam
Filipina mengatasi Vietnam dan Malaysia untuk menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara pada 2023, dengan pertumbuhan dipacu kepenggunaan, perkhidmatan dan pelaburan.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.
Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina - Bukit Aman
Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas.
Gempa bumi kuat 6.4 magnitud landa Mindanao
Gempa dengan kedalaman 81 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km utara dari Bislig, Filipina.