MANILA: Tiga maut dan seorang cedera dalam insiden tembakan berhampiran pusat pengundian di wilayah Maguindanao, selatan Filipina pada pagi Isnin, lapor Xinhua.
Menurut pihak tentera penyerang yang menaiki van melepaskan tembakan ke arah pasukan pengaman yang membantu proses pengundian di bandar Buluan.
Mangsa adalah penyokong kepada seorang ahli politik tempatan yang bertanding untuk merebut jawatan datuk bandar.
Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya turut melaporkan satu lagi insiden tembakan di bandar Sumisip di wilayah Basilan, selatan Filipina, namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Pada malam Ahad sekurang-kurangnya lapan orang cedera dalam kejadian letupan bom tangan bandar Datu Unsay dan bandar Shariff Aguak di wilayah Maguindanao .
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. Polis sedang menjalankan siasatan di kawasan yang dikenal pasti sebagai "titik panas."
Menurut pihak berkuasa berkata insiden itu tidak menjejaskan proses pengundian.
Lebih 65.7 juta rakyat Filipina mengundi pada Isnin untuk memilih presiden dan naib presiden baharu, 12 senator, lebih 300 ahli Dewan Rakyat dan lebih 17,000 pegawai tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022
Menurut pihak tentera penyerang yang menaiki van melepaskan tembakan ke arah pasukan pengaman yang membantu proses pengundian di bandar Buluan. - Foto Reuters
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Filipina Memilih: Pilihan raya dicemari insiden tembakan, 3 maut, 1 cedera
Tiga maut dan seorang cedera dalam insiden tembakan berhampiran pusat pengundian di wilayah Maguindanao, selatan Filipina pada pagi Isnin, lapor Xinhua.