MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos menutup sementara sekolah dan pejabat kerajaan di Metro Manila dan enam wilayah lain pada Selasa dan Rabu berikutan risiko ribut tropika Ma-on, lapor Xinhua.
Setiausaha Akhbar Rose Beatrix Cruz-Angeles berkata penutupan itu meliputi wilayah Laguna, Rizal, Bulacan, Cavite, Zambales, dan Bataan di wilayah Luzon Tengah.
"Penutupan untuk sekolah dan pejabat swasta diserahkan kepada budi bicara ketua masing-masing," kata Angeles.
Dalam satu memorandum, Setiausaha Eksekutif Victor Rodriguez berkata penutupan sementara itu tidak termasuk agensi kerajaan yang terbabit dalam perkhidmatan kesihatan dan pencegahan bencana.
Menurut biro cuaca, ribut tropika Ma-on membadai wilayah Isabela utara Filipina pada kira-kira 10.30 pagi waktu tempatan pada Selasa, menyebabkan hujan dan angin kencang.
Ma-on membawa angin maksimum 110 kilometer (km) sejam dengan tiupan angin sehingga 185 km sejam selama hampir empat jam sebelum bergerak ke utara-barat laut pada kelajuan 20 km sejam.
Biro itu memberi amaran kepada orang ramai untuk kekal berwaspada memandangkan ribut boleh mencetuskan hujan lebat, banjir kilat dan tanah runtuh di utara Luzon dan kawasan lain di tanah besar.
Lebih 500 penduduk di kawasan rendah di utara Luzon telah dipindahkan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Ribut tropika itu dijangka bergerak ke arah barat laut dan diramal merentasi utara Luzon pada malam Selasa.
Ma-on adalah taufan tropika keenam yang melanda negara Asia Tenggara itu tahun ini. Secara purata, negara kepulauan itu mengalami 20 taufan setiap tahun.
Pada April, ribut tropika Megi melanda Filipina dan mencetuskan tanah runtuh serta banjir menyebabkan 224 orang maut dan 147 yang lain hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
Ribut tropika Ma-on membadai wilayah Isabela utara Filipina pada kira-kira 10.30 pagi waktu tempatan pada Selasa, menyebabkan hujan dan angin kencang. (Foto AP)
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Banjir Terengganu: 22 sekolah ditutup
Sebanyak 22 sekolah di empat daerah di Terengganu terpaksa ditutup sementara susulan dilanda banjir selain dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) pada Selasa.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Amaran banjir di New Delhi: Sekolah ditutup, air minuman mungkin dicatu
Bandar dihuni 20 juta penduduk itu juga mungkin berdepan kekurangan air minuman berikutan penutupan beberapa loji rawatan.
Gangguan bekalan air: 85 sekolah di Manjung mohon cuti ganti
34 sekolah terjejas di Ayer Tawar, Sitiawan (19), seluruh Seri Manjung (18), seluruh Lekir ke Kayan dan Pangkor masing-masing lima serta Lumut empat sekolah.
Filipina tutup sementara sekolah, pejabat kerajaan di Manila bimbang risiko taufan
Penutupan meliputi wilayah Laguna, Rizal, Bulacan, Cavite, Zambales, dan Bataan di wilayah Luzon Tengah.
Sekolah ditutup, pejabat kerajaan 'separuh mati', Sri Lanka terus berunding dengan IMF
Ratusan ribu pengguna jalan raya masih tersadai di jalan raya untuk menunggu peluang mengisi petrol dan diesel.
525 pelajar positif, 15 sekolah ditutup di Kedah
Sebanyak 15 sekolah di Kedah terpaksa ditutup sejak 18 Jan lepas berikutan 525 pelajar dan 25 guru di sekolah berkenaan dikesan positif COVID-19.
Pelajar, kakitangan SMKA Melor dikesan positif COVID-19
Kesemua yang positif itu adalah hasil ujian saringan ke atas 78 kontak rapat di sekolah berkenaan.
SMK Kota Kuala Muda ditutup, 33 pelajar positif COVID-19
Dr Othman Warijo berkata, setakat ini, seramai 61 pelajar sudah disaring dan 33 daripadanya didapati positif.
Ancaman harimau: Sekolah ditutup, Orang Asli Gua Musang minta kawalan keselamatan ditingkat
Kira-kira 2,000 penduduk di Pos Bihai dan Pos Balar merayu supaya kawalan keselamatan di kawasan tersebut ditingkatkan.