Gadis dibakar gara-gara tolak pinangan

Agensi
Mei 12, 2019 23:58 MYT
Si ibu mendakwa ternampak dua orang lelaki melarikan diri setelah menyimbah minyak ke tubuh anaknya lalu membakarnya. - Gambar hiasan
POLIS Pakistan dilaporkan menahan seorang lelaki yang disyaki cuba membunuh seorang gadis berusia 16 tahun kerana menolak pinangannya.
Dalam kejadian di daerah Muzaffargarh, ibu mangsa dikejutkan dengan jeritan anak perempuannya pada jam 1.30 pagi.

Si ibu mendakwa ternampak dua orang lelaki melarikan diri setelah menyimbah minyak ke tubuh anaknya lalu membakarnya.

Menurut wanita itu, suspek dan rakannya berniat membunuh anak gadisnya ekoran menolak pinangan yang dirancang oleh ibu bapa suspek.

Sementara itu, mangsa yang mengalami cedera lecur di muka, badan dan lengan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Agensi

#cedera #mangsa #membunuh #minyak #Muzaffargarh #Pakistan #suspek #tolak pinangan