SINGAPURA: Gaji bulanan asas yang baru saja diterima bekerja sebagai pekerja pembersihan am sedia dinaikkan kepada S$3,260 (RM10,160) menjelang tahun 2028, di bawah model gaji progresif bagi sektor itu.
Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan, unjuran gaji tersebut adalah bagi warga Singapura atau pemastautin tetap di republik itu.
Perkara itu diumumkan selepas pemerintah menerima cadangan daripada Kluster Triparti bagi Pengurusan Sisa (TCWM) berkenaan model gaji baharu bagi sektor berkenaan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin (24 Januari).
Cadangan itu merangkumi keseluruhan sektor pembersihan sisa dan pemulihan material, termasuk mandatori bonus tahunan serta pembangunan kemahiran dan kerjaya.
Sekitar 3,000 warga Singapura dan pekerja pemastautin tetap dalam sektor itu bakal menerima manfaat daripada model gaji baharu itu.
Di bawah unjuran itu, gaji asas bagi kumpulan tersebut sedia dinaikkan dari S$2,210 (RM6,887) pada Julai 2023. Seterusnya, jumlah itu akan dinaikkan sebanyak S$210 (RM654) setiap tahun sehingga 2028 apabila ia mencecah S$3,260 (RM10,160).
Itu bermakna kenaikan gaji tersebut menunjukkan kenaikan sebanyak 48 peratus dalam tempoh enam tahun.
Dalam sektor kerja yang sama, gaji asas bagi pemandu kanan dalam bidang pembersihan sampah dijangka meningkat dari S$2,910 (RM9,069) pada 2023, kepada S$3,960 (RM12,341) menjelang 2028.
MOM dan NEA berkata, itu adalah untuk “memastikan pekerja pendapatan rendah dapat bertahan dalam pertumbuhan gaji berdasarkan gaji median pekerja”.
Berkuat kuasa Januari 2024, pekerja juga sepatutnya menerima sekurang-kurangnya satu bonus tahunan sebulan gaji sekiranya mereka sudah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun dengan majikan masing-masing. Bonus itu tidak terikat dengan prestasi kerja.
"Ini membolehkan pihak majikan menarik minat dan mengekalkan pekerja pembersihan masing-masing, dan menghargai usaha mereka dengan menawarkan latihan bagi meningkatkan produktiviti," ujar MOM and NEA.
Nilai tukaran bagi Dolar Singapura dan Ringgit Malaysia adalah S$1 = RM3.12.
Agensi
Tue Jan 25 2022
MOM dan NEA berkata, itu adalah untuk -memastikan pekerja pendapatan rendah dapat bertahan dalam pertumbuhan gaji berdasarkan gaji median pekerja-. - Gambar hiasan
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat
Rakaman video aksi seorang pekerja pembersihan yang sanggup menyelam dalam air kotor dan menjijikkan ketika melakukan kerja-kerja membersihkan longkang tersumbat menyentuh perasaan banyak pihak.
Cuaca panas: MBI ubah waktu kerja pembersihan, kutipan sampah elak strok haba
MBI mengambil pendekatan mengubah waktu kutipan sampah serta kerja-kerja pembersihan ketika negara sedang berdepan cuaca panas ketika ini.
Tidak minat kerja pembersihan: Stigma, imej jadi penyebab - Datuk Bandar Ipoh
Walaupun ada penambahbaikan daripada sudut gaji dan imbuhan, masih ramai yang kurang berminat.
Polis tahan wanita warga asing curi barang kemas majikan RM15,000
Polis menahan seorang pekerja wanita warga asing yang dipercayai mencuri barang kemas milik majikannya bernilai kira-kira RM15,000.
Dua pekerja maut di stadium dipercayai terjatuh pada ketinggian 27 meter - JKKP
Dua mangsa yang dilaporkan maut di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam, dipercayai terjatuh dari bumbung kanvas ke atas pagar 'British Reinforced Concrete' (BRC) stadium.
Dua pekerja pembersihan Stadium JDT maut
Dua pekerja syarikat pembersihan maut terjatuh ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini pada Jumaat.
Pengawal keselamatan, pekerja pembersihan sekolah tidak dinaikkan gaji RM1,500 - JPKK
Antara alasan yang diberikan adalah kerana kontrak perjanjian antara kontraktor dengan kerajaan masih berdasarkan gaji minimum yang lama.
MBI mohon maaf, ramai pekerja pembersihan berhenti, punca masalah kutipan sampah - Datuk Bandar
Ramai antara pekerja pembersihan berhenti dan memilih bekerja dalam industri pembinaan yang menawarkan gaji lumayan.
Pekerja penyelenggaraan cemas gondola dipukul ribut
Angin kuat menyebabkan gondola terbabit hilang keseimbangan, malah menghentam dinding bangunan tinggi itu beberapa kali.
Pekerja pembersihan minta PPD Sabak Bernam bantu selesaikan isu tunggakan gaji
Satu surat tuntutan telah diserahkan kepada PPD Sabak Bernam supaya pihak tersebut dapat mengambil langkah yang sewajarnya.