Dua lelaki yang bertutur sesama sendiri dengan menggunakan bahasa Arab, telah dilarang menaiki sebuah pesawat dari Chicago ke Philadelphia, mencerminkan sifat paranoid yang dicetuskan oleh serangan pengganas di Paris.
Maher Khalil dan Anas Ayyad dimaklumkan oleh pegawai di pintu masuk Lapangan Terbang Midway bahawa kedua-dua mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat itu kerana salah seorang penumpang pesawat itu telah mendengar mereka berbual dalam bahasa Arab dan berasa takut untuk terbang dengan mereka.
Dua sahabat terbabit dilaporkan berasal dari Palestin dan berusia dalam lingkungan 20-an.
Maher memberitahu televisyen NBC bahawa beberapa penumpang dalam pesawat itu memaksanya membuka sebuah kotak putih yang dibawa olehnya yang diisi dengan manisan pencuci mulut, Baklava.
“Jadi, saya berkongsi baklava saya dengan mereka,” katanya.
Southwest Airlines, yang mengendalikan pesawat itu, tidak memberikan apa-apa komen apabila dihubungi oleh AFP.
Kejadian yang sama dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat dalam penerbangan domestik yang lain ekoran serangan minggu lepas di ibu negara Perancis yang meragut 130 nyawa.
AFP
Sat Nov 21 2015
Dua lelaki yang bertutur sesama sendiri dengan menggunakan bahasa Arab, telah dilarang menaiki sebuah pesawat dari Chicago. - Gambar Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Gara-gara bertutur bahasa Arab, dua pemuda dilarang naiki pesawat AS
Dua lelaki yang bertutur sesama sendiri dengan menggunakan bahasa Arab, telah dilarang menaiki sebuah pesawat dari Chicago, mencerminkan paranoia yang dicetuskan oleh serangan pengganas di Paris.