Gempa 5.9 magnitud gegar New Zealand

Astro Awani
Mei 24, 2020 20:47 MYT
Satu gempa bumi berkekuatan 5.9 magnitud menggegarkan Levin di New Zealand sebentar tadi. -Gambar hiasan
Satu gempa bumi berkekuatan 5.9 magnitud menggegarkan Levin di New Zealand (NZ) sebentar tadi.
Agensi pemantauan ancaman geologi NZ, Geonet melaporkan gempa yang berlaku jam 7.52 pagi waktu tempatan (3.52 pagi waktu Malaysia) itu dikesan pada kedalaman 37 kilometer.
Gegaran dilapor dirasai di ibu negara Wellington dan beberapa wilayah lain termasuk Blenheim, Raumati, Lyttelton, dan Petone.

M5.7 quake causing strong shaking near Levin https://t.co/G7aXdWpNqj

— GeoNet (@geonet) May 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiada kerosakan atau kematian dilaporkan setakat ini.
#Blenheim #gempa bumi #Geonet #Levin #Lyttelton #New Zealand #Petone #Raumati