GEMPA bumi dengan kekuatan 5.9 magnitud menggegarkan pantai timur Jepun pada Jumaat, lapor USGS.

Menurut kenyataan Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa yang melanda wilayah Chiba itu berlaku jam 3.24 pagi waktu tempatan pada kedalaman 30 kilometer.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.