Gempa 6.1 magnitud gegar Thailand - USGS

Astro Awani
November 21, 2019 01:00 MYT
Gempa bumi kuat landa utara Thailand awal pagi Khamis. -USGS
Gempa bumi kuat dilapor melanda utara Thailand awal pagi Khamis.
Menurut USGS, gempa pada kedalaman 10km dengan kekuatan 6.1 magnitud itu menggegarkan sekitar daerah Muang Nan di utara Thailand.
Tiada kerosakan atau kematian akibat gempa dilaporkan setakat ini.
#6 1 magnitud #gempa bumi #Muang Nan #Thailand