Gempa 6.2 magnitud landa Argentina

Astro Awani
Januari 25, 2023 00:00 MYT
Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda Santiago Del Estero, wilayah Argentina pada Selasa. -USGS
BUENOS AIRES: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda Santiago Del Estero, wilayah Argentina pada Selasa.
Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterania (EMSC), gempa berlaku pada kedalaman 611 kilometer.
Tiada maklumat lanjut berhubung kerosakan atau kehilangan nyawa serta amaran tsunami diperoleh setakat ini.
#gempa bumi #Argentina #Santiago Del Estero #EMSC