Gempa 6.3 magnitud gegar barat daya Jepun

Astro Awani
Mei 10, 2019 03:30 MYT
Gempa dengan kekuatan 6.3 magnitud itu menggegarkan bandar Miyazaki jam 8.48 pagi waktu tempatan. -USGS
Barat daya Jepun dilanda gempa bumi berkekuatan sederhana pada pagi Jumaat.
Jabatan Survei Geologi AS (USGS) memaklumkan gempa dengan kekuatan 6.3 magnitud itu menggegarkan bandar Miyazaki jam 8.48 pagi waktu tempatan.
Pusat gempa dikesan 39 kilometer di tenggara Miyazaki pada kedalaman 23 kilometer.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Media tempatan melaporkan loji nuklear Sendai di wilayah Kagoshima dekat situ tidak mengalami sebarang kerosakan.
#gempa bumi #Jabatan Survei Geologi AS #loji nuklear Sendai #magnitud #Miyazaki #tsunami #USGS