Gempa 6.5 magnitud gegar Amerika Tengah

Astro Awani
Julai 19, 2023 05:08 MYT
Gempa turut dirasai di Nicaragua, Honduras, Guatemala dan Belize. -USGS
SAN SALVADOR: Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda pantai Pasifik El Salvador pada kedalaman hampir 70 km pada petang Selasa.
Menurut makluman agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran dilapor dirasai di beberapa negara di Amerika Tengah.
Tiada laporan berhubung kerosakan dan kemungkinan berlakunya tsunami di El Salvador, kata kementerian alam sekitar negara itu.
Ahli parlimen Salvador Chacon berkata di Twitter bahawa pemeriksaan sedang dijalankan di bandar pesisir pantai La Libertad.
Gempa turut dirasai di Nicaragua, Honduras, Guatemala dan Belize.
#gempa bumi #tsunami #Honduras #USGS