Gempa 6.8 magnitud gegar Myanmar

AFP
Ogos 24, 2016 11:22 MYT
USGS melaporkan gempa tersebut melanda pada kedalaman 84 kilometer. -Gambar fail
Gempa bumi berkekuatan 6.8 magnitud menggegarkan Myanmar pada Rabu.
Jabatan Ukur Geologi AS (USGS) melaporkan gegaran akibat gempa tersebut yang melanda pada kedalaman 84 kilometer turut dirasai di ibu negara Thailand, Bangkok dan Yangon, Myanmar.
Gegaran turut dirasai di Bandar Kolkata di India.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Pusat gempa dilapor terletak berdekatan Chauk, sebuah bandar di Sungai Irrawaddy beberapa ratus kilometer di barat laut ibu Negara Myanmar, Naypyidaw.
Ahli Parlimen wilayah Magway, Soe Win memberitahu AFP bahawa gegaran dirasai selama beberapa minit.
"Terdapat bunyi. Sebuah pagoda di Salay dan sebuah bangunan lain runtuh," katanya kepada AFP.
USGS menjangkakan impak gegaran hanyalah pada “kawasan sekitar" namun menambah bahawa banyak bangunan di wilayah itu “amat mudah terjejas" kepada gegaran akibat gempa.

Central World ปอ45 ลกpic.twitter.com/AyQGryjNq0

— c (@CaramellaCn) August 24, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gegaran akibat gempa tersebut turut dirasai di ibu negara Thailand, Bangkok.
Gempa bumi sering berlaku di Myanmar, namun tidak pernah terjadi gempa besar sejak 2012.
Kali terakhir Myanmar dilanda gempa adalah di wilayah berdekatan pada April dan menyebabkan kemusnahan kecil, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
#6.8 magnitud #gempa bumi #Jabatan Ukur Geologi AS #Myanmar #USGS