Gempa 7.4 magnitud landa Tonga

Astro Awani
Mei 11, 2023 07:00 MYT
Pusat gempa dikesan pada jarak 73km barat laut Hihifo, Tonga. -USGS
NUKU'ALOFA: Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda Tonga pada Khamis.
Menurut laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa dikesan pada kedalaman 212 kilometer (km).
Pusat gempa dikesan pada jarak 73km barat laut Hihifo, Tonga.
Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa.
#gempa bumi #Tonga #USGS #Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat