Gempa berukuran 5.7 magnitud gegar wilayah Jilin, China

Bernama
Mei 28, 2018 03:10 MYT
Pusat gempa pada 45.27 darjah utara dan 124.71 darjah timur dengan kedalaman kira-kira 13 kilometer.
Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan daerah Ningjiang, Songyuan City di timur laut wilayah Jilin, China kira-kira pukul 1.50 pagi, Isnin lapor agensi berita Xinhua.
Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.
Gegaran menyebabkan penduduk di bandar berkenaan panik dan keluar meninggalkan kediaman masing-masing, ekoran itu gerakan kecemasan turut dilancarkan.
Bagaimanapun, tiada gangguan bekalan elektrik dilaporkan kecuali di beberapa kawasan dikatakan mengalami gangguan rangkaian telekomunikasi.
Pusat gempa pada 45.27 darjah utara dan 124.71 darjah timur dengan kedalaman kira-kira 13 kilometer.
--BERNAMA
#China #elektrik #gempa bumi #Jilin #kecemasan #Ningjiang #telekomunikasi