Indonesia bergegar lagi.
Kali ini, gegaran bermagnitud 5.7 pada skala Richter menggoncang wilayah Bengkulu di kepulauan Sumatera.
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG) dalam kenyataan yang dipetik Bernama berkata gempa berpusat di 42km Timur Laut Lebong, Provinsi Bengkulu itu berlaku pada 3.39 petang waktu Indonesia Barat.
Gegaran gempa itu dirasakan di Kota Bengkulu, Kepahiang, Bengkulu Tengah, Manna, Mukomuko, Lebong, Pesisir Selatan, Kepulauan Mentawai, Pariaman dan Padang.
Menurut media Indonesia, penduduk dilaporkan bertempiaran keluar dari bangunan dan kediaman mereka.
Bagaimanapun, BMKG melaporkan gempa itu tidak mencetuskan tsunami.
Setakat ini belum terdapat sebarang laporan kemusnahan harta benda atau kemalangan jiwa.
Astro Awani
Sun Dec 30 2018
Gegaran bermagnitud 5.7 pada skala Richter menggoncang wilayah Bengkulu di kepulauan Sumatera. -USGS
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Gempa bumi sederhana landa selatan Sumatera, Indonesia
Gempa bumi pada 5.12 pagi tadi berlaku di kedudukan 110 kilometer (km) selatan dari Bengkulu, Indonesia pada kedalaman 57km.
Gempa bumi kuat melanda Sumatera, Indonesia malam ini
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia malam ini.
Gempa bumi sederhana gegar selatan Sumatera, Indonesia
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 5.41 petang Khamis.
Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera, Indonesia pagi ini
Gempa berlaku pada kedudukan 145km barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 34 km.
Bukan sebarang tat, kenali kuih tat kebanggaan masyarakat Bengkulu
Mengikut sejarah, masyarakat Bengkulu mula berhijrah ke negara ini dari kawasan Bengkahulu di Sumatera Barat sejak kurun ke 17 hingga 19 lagi.
Enggan beri 'password', suami belah perut isteri
Romi Sepriawan dari Bengkulu, Indonesia membelah perut isterinya dan mengeluarkan bayi dalam kandungan Erni Susanti.
Gempa bumi 5.7 magnitud gegar Bengkulu, Indonesia
Gegaran gempa itu dirasakan di Kota Bengkulu, Kepahiang, Bengkulu Tengah, Manna, Mukomuko, Lebong, Pesisir Selatan, Kepulauan Mentawai, Pariaman dan Padang.