Gempa bumi 6.0 magnitud landa Kanada

Astro Awani
Disember 23, 2019 21:54 MYT
Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda British Columbia di pantai barat Kanada. -USGS
Satu gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda British Columbia di pantai barat Kanada pada Isnin, menurut laporan Natural Resources Canada.
Gempa itu, yang berlaku pada pukul 7.49 malam, berpusat 178 kilometer di barat Port Hardy.
"Tiada laporan kerosakan dan kita tidak menjangkakan ada sebarang kemalangan jiwa. Begitu juga tsunami," lapor Natural Resources Canada di laman web mereka.
Hanya beberapa jam sebelum itu, dua gempa bumi berukuran 5.7 dan 5.2 pada skala Richter telah direkodkan berhampiran kawasan sama.
#bencana alam #British Columbia #gempa bumi #Kanada #Natural Resources Canada #Port Hardy #skala Richter