Gempa bumi 6.1 pada skala Richter gegar Tokyo

Astro Awani
Oktober 7, 2021 15:53 MYT
Perkhidmatan kereta api laju terganggu dan banyak bangunan mengalami kerosakan akibat gempa bumi berkenaan. - Gambar/ Reuters
GEMPA bumi besar berkekuatan 6.1 pada skala Richter menggegarkan Bandaraya Tokyo, malam ini.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa itu berlaku pada pukul 10.41 malam waktu tempatan.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dilaporkan.
Ia berpusat di wilayah Chiba di timur Tokyo, pada kedalaman 80 kilometer.
Berdasarkan skala gempa bumi Jepun antara skala 0 hingga tujuh, gegaran pada malam Jumaat itu mencatatkan intensiti hingga skala lima.
Menurut stesen NHK, perkhidmatan kereta api laju terganggu dan banyak bangunan mengalami kerosakan.
#Jepun #gempa bumi #Tokyo #gempa besar