Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Utara Sumatra

Astro Awani
April 3, 2023 15:24 MYT
Berdasarkan BMKG, gempa kuat itu tidak berpotensi berlakunya tsunami dan tiada amaran dikeluarkan.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan bahagian barat daya Utara Sumatra, Indonesia malam Isnin.
Berdasarkan laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, pusat gempa terletak kira-kira 82 kilometer Barat Daya Padang Sidempuan-Sumut di bahagian itu.
Gempa bumi dengan kedalaman 102 kilometer itu berlaku pada pukul 10:59 malam (9:59 malam waktu tempatan)
Berdasarkan BMKG, gempa kuat itu tidak berpotensi berlakunya Tsunami dan tiada amaran dikeluarkan.
Bagaiamanpun, BMKG menasihati orang awam di kawasan itu supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kemungkinan gempa bumi susulan.

#Gempa Magnitudo: 6.4, Kedalaman: 102 km, 03 Apr 2023 21:59:43 WIB, Koordinat: 0.86 LU-98.73 BT (82 km BaratDaya PADANGSIDEMPUAN-SUMUT), Tidak berpotensi tsunami #BMKG https://t.co/OiHiTwvX8x

— BMKG (@infoBMKG) April 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam satu kenyataan turut memaklumkan, gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 10:59 malam, 3 April dengan pusat gempa bumi tersebut terletak 0.9° Utara dan 98.8° Timur dengan kedalaman 86 km. 84km Barat Daya dari Padang Sidempuan,Indonesia.
Bagaimanapun jelas Met Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia namun gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

GB kuat M6.2 di Utara Sumatera, Indonesia pd 10:59mlm, 3 April 2023, di 0.9° U & 98.8° T, kedalaman 86km. 84km BD dr Padang Sidempuan,Indonesia.Tiada ancaman tsunami kpd Malaysia.Gegaran mungkin dirasai di Perak, S'gor, KL,Putrajaya,N.Sembilan,Melaka&Jhr.#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/5KVczYFZWF

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) April 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#gempa bumi #Sumatra Utara #tiada tsunami #meteorologi