Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan

Agensi
April 3, 2024 01:00 MYT
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 melanda pantai timur Taiwan, hari ini.
HUALIEN : Gempa bumi besar dengan magnitud 7.4 melanda pantai timur Taiwan, hari ini sekali gus menyebabkan amaran tsunami di selatan Jepun dikeluarkan.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), pusat gempa terletak kira-kira 18 kilometer (11 batu) di selatan bandar Hualien.
Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat. - Agensi
#Amerika Syarikat #gempa bumi #Taiwan #tsunami