Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda di tengah-tengah Papua New Guinea pada Ahad.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa melanda kira-kira 55 kilometer di barat daya Porgera dengan kedalaman kira-kira 23 batu.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa terbabit dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.

Gempa pada Ahad itu dipercayai berpunca dari aktiviti gunung berapi memandangkan pulau terbabit berada di jajaran "Ring of Fire" yang tidak menentu.

USGS mengesahkan lebih separuh gunung berapi aktif di dunia berada di jajaran terbabit.

Jepun, Filipina dan sebahagian kawasan pantai Alaska turut dilaporkan berlaku gegaran susulan beberapa aktiviti gunung berapi di jajaran "Ring of Fire" tersebut.