Gempa bumi 7.6 magnitud melanda Kepulauan Mariana

Astro Awani
Julai 30, 2016 01:09 MYT
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Mariana di Lautan Pasifik awal pagi tadi. -Gambar hiasan
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Mariana di Lautan Pasifik awal pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi, gempa yang berlaku pada pukul 5.18 pagi itu berpusat di kedudukan 1,959 kilometer tenggara dari Yokosuka, Jepun dan 3,310km timur laut dari Kinabatangan, Sabah.
Bagaimanapun, menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
#7.6 magnitud #gempa bumi kuat #Kepulauan Mariana #lautan Pasifik #skala Richter